Powered By Blogger

Senin, 21 Juni 2010

Sampai Bila..............?

Dunia islam yang telah diperjuangkan oleh Rasullah SAW telah berlangsung lebih dari 1400 tahun yang lalu.Setelah kewafatan Baginda mula lah timbul bibit -bibit perpecahan dikalangan Ummat Islam.Perpecahan itu semakin parah sehingga terjadi pembunuhan dikalangan ummat islam itu sendiri.Sehingga sekarang ini peristiwa tersebut masih berlangsung seolah-olah tiada kesudahannya.Walaupun telah wujud Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). tidaklah kita ketahui apakah peranan sebenar pertubuhan tersebut. Suara mereka tidak kedengaran di pertubuhan bangsa -bangsa bersatu (PBB).Kerana tidak ada satu negara Islam pun yang mempunyai kuasa veto didalam menentukan perjalanan Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu tersebut.Persoalannya kenapa tiada suara islam pada kuasa veto tersebut?Adakah kerana Setiap negara islam mempunyai agenda tersendiri sehingga sukar untuk mewujudkan satu suara Islam yang padu dalam urusan dunia ini.
Itu dari segi Islam dengan hubungan dengan negara bukan islam.Dalam isu dalaman Islam sendiri.Dahulu wujud apa yang dikatakan golongan syiah, khawarij ,muktazilah dan berbagai golongan dengan tafsiran sendiri tentang Islam itu sendiri.Itu dahulu sejarah yang telah dibukukan.Yang hairannya kenapa umat islam tidak mahu belajar dari sejarah itu sendiri.?Sampai bila umat Islam akan dipermainkan
oleh negara-negara bukan Islam tersebut?Sekarang ini wujud pula berbagai-bagai nama golongan yang memperjuangkan Islam.Masalahnya diantara golongan tersebut berlaku fitnah memfitnah oleh individu yang tidak diketahui apakah agenda mereka.Adakah mereka mahu mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.Tidak bolehkah mereka duduk satu meja membincangkan masalah yang dihadapi oleh Umat Islam dari membuang-buang masa untuk mendakwa bahawa merekalah dipihak yang benar selain mereka adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran islam.Rasullah SAW telah meninggalkan kita umat Islam 2khazanah yang berharga yang mana baginda menyatakan yang umat islam tidak akan sesat selamanya jika berpegang erat dengan keduanya iaitu Al quran dan hadis.Oleh itu sama-sama lah kita kembali kepada Quran dan Hadis bagi menyelesaikan masalah antara ummat Islam.Jika Umat Islam sudah bersatu InsyaAllah kita akan menjadi Umat yang dihormati dan suara kita akan didengar.